Terato Tech


Posts Tagged ‘dazrin kamarudin’

Ketahui lebih lanjut tentang Forest Fables dalam InTrend di RTM2 esok!


May 18th, 2012 by TeratoMan

Sesuai untuk seisi keluarga!

Selamat pagi!

Adik-adik (juga abang-abang dan kakak-kakak) masih ingat lagi tentang Forest Fables?

Forest Fables merupakan koleksi cerita-cerita rakyat yang kami bangunkan untuk peranti iPad dengan menggunakan enjin Aiyo!

Ya adik-adik, Forest Fables yang mengandungi kisah-kisah seperti Sang Kancil dengan Buaya, Musang Berbulu Ayam dan Sang Gagak Hitam dan Si Merpati Putih adalah usaha kami untuk mengangkat cerita-cerita dari Nusantara.

Kancil terkejut!

Dazrin dalam InTrend

 

 

 

 

 

 

 

 

Forest Fables akan muncul esok di kaca TV anda pada pukul 1 petang di saluran RTM2 melalui rancangan InTrend. Pengacara Dazrin Kamarudin akan membawa anda mengenali Forest Fables dengan lebih dekat dan mungkin dari situ adik-adik akan mula tertarik dan terus memuat turunnya dari Apple App Store.

Tapi kalau adik-adik sudah pun teruja selepas membaca artikel yang comel ini, teruskan ke iTunes Store di iPad anda sekarang: Forest Fables (tekan!)

Sekali lagi, RTM2, 1 petang, InTrend!

Saksikan Ashraf dalam InTrend di RTM2, Sabtu ini!


May 4th, 2012 by TeratoMan

Kawan-kawan yang dihormati sekalian, sudah lama rasanya tidak buat pengumuman tentang kemunculan rakan sepasukan kami di peti televisyen.

Untuk itu, nantikan kemunculan Ashraf, salah seorang pembangun aplikasi kami yang akan berbicara dengan hos Dazrin Kamaruddin tentang permainan yang kami bangunkan, Qalvinius.

InTrend bakal ke udara pada pukul 1.oo petang, Sabtu ini (5 Mei), di RTM2 atau saluran Astro 102.

Jangan lepaskan peluang ini untuk melihat kesopanan dan kesipuan Ashraf melayan karenah Dazrin.

Related Posts with Thumbnails