Terato Tech


Archive for the ‘Media Room’ Category

Reza Sebati dengan IT


January 30th, 2012 by TeratoMan

Betul, ini adalah produk yang akan datang

Harian Metro merupakan akhbar nombor satu negara. Dan ia merupakan akhbar yang sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada semua usahawan muda di Malaysia. Kami bersyukur kerana sentiasa berada di bawah radar carian berita mereka. Dan kali ini ia melibatkan dua muka surat besar.

Semalam, melalui sisipan Ekspresi/Karisma METRO Ahad, satu artikel oleh Aniza Zainudin mengenai pengasas Terato tech telah dicetak. Semuanya berkisar tentang susur galur perjalanan Reza Razali dalam meniti tangga kepopularan. Individu yang baru sahaja dicalonkan dalam Anugerah Bintang Popular BH ini juga, tidak kekok untuk bercerita tentang keluarga dan falsafah hidupnya.

Untuk membaca artikel tersebut, anda boleh klik imej di bawah. Terima kasih sekali lagi kepada Harian Metro dan wartawan Aniza.

Klik untuk pembesaran!

Terato tech di ruangan Bisnes Harian Metro


January 5th, 2012 by TeratoMan

Klik untuk pembesaran yang mengujakan.

Terima kasih Harian Metro. Terima kasih Afiq Hanif.

Akhbar nombor 1 Malaysia ini sentiasa memberi sokongan dan semangat positif kepada organisasi kami yang masih muda. Bukanlah kami mengharapkan pujian melambung atau yang seumpamanya, tetapi apa sahaja yang bersifat baik dan membina bakal meningkatkan motivasi kami untuk terus memberikan sesuatu yang berguna buat masyarakat. (Setiap individu di Terato tech rasa amat bangga hari ini. Saya dengar sampai ada yang ingin pos naskah Harian Metro hari ini ke Perlis melalui Pos Laju.)

Apalagi ini kali pertama Terato tech, secara khusus, disebut di dalam ruangan Bisnes Harian Metro. Selalunya kami bersiaran di halaman IT@Metro. Satu permulaan yang baik untuk tahun baru 2012. Semua di sini berharap ia bakal menjadi permulaan kepada tahun yang lebih untuk kami.

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang sentiasa memberi sokongan dan semangat (tak kira apa bentuk pun, positif/negatif) kepada kami. Semoga Tuhan sentiasa menyayangi anda (WOW!) dan dapat memberikan kita semua peluang untuk lebih berjaya pada tahun ini.

Jadi, sesiapa yang berminat untuk temani kami ke San Jose?

Reza, kemeja T dan eParlimen


December 23rd, 2011 by TeratoMan

Nampak lebih nipislah awak!

Sedikit terlambat untuk memaklumkan ini, tetapi semalam, pengasas Terato tech, Reza Razali telah muncul di kaca TV bersama kemeja T terbaru yang membawa jenama organisasi kami.

Dan beliau kelihatan sangat gagah!

Reza, malam semalam dijemput ke studio ASTRO Awani (sekali lagi) untuk membincangkan tentang aplikasi eParlimen yang bakal dilancarkan secara besar-besaran tidak lama lagi.

Kemeja hebat!

Mungkin ada antara anda telah mendengar tentang eParlimen sebelum ini. Ia adalah medium terbaharu yang bakal memudahkan perhubungan di antara rakyat dan tuan-tuan Yang Berkhidmat di kawasan parlimen mereka. Anda boleh menghantar maklum balas juga aduan kepada ahli parlimen melalui laman web, aplikasi iPhone dan telefon pintar lain malah SMS. Dan medium ini berbentuk terbuka dan lebih telus.

Untuk maklumat lebih lanjut dan mendaftar, sila layari, sekarang, pautan: http://www.eparlimen.com

Kami juga bakal mengadakan beberapa kempen dan pertandingan sempena pelancaran aplikasi ini. Jadi, tunggu!

Bonus: http://www.vimeo.com/undies

Reza on Astro Awani this evening talking about iPhone4S


December 15th, 2011 by TeratoMan

He won't do orange today.

I do think some of you really love to watch this guy on TV.

So please booked your seat at 1830 later today (that’s 6.30PM) as the Man of Awesomeness will talk and give his thoughts about the arrival of iPhone4S.

Stay tuned to Astro Awani(CH501)!

What happened in KL Hilton Today


October 25th, 2011 by TeratoMan

Calvin, don't be sad.

Why? Story from previous blog post here: APICTA 2011

More to come.

Related Posts with Thumbnails